Sejarah PSSGM Bandar Baru UDA

Wednesday, April 8, 2009

PSSGM Bandar Baru UDA telah ditubuhkan pada Januari 2008 dengan ahli berdaftar seramai 40 orang yang terdiri daripada Jurulatih, Pembantu Jurulatih, pemegang-pemegang talipinggang Pelangi Kuning, Pelangi Merah, bekas-bekas pelajar SMKBBU dari tahun 1996-2007 serta penglibatan dari penduduk setempat. Usaha penubuhan gelanggang ini telah dilakukan dengan jayanya oleh bekas-bekas pelajar SMKBBU yang dahulunya adalah pesilat-pesilat PSSGM SMKBBU di bawah didikan En. Mohd Noor B. Hj Abd Samad selaku Pengerusi Agung Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan PSSGM merangkap Pemegang Amanah PSSGM Negeri Johor. Dengan adanya PSSGM Bandar Baru UDA, maka tertubuhlah satu lagi gelanggang PSSGM yang dikenali sebagai Gelanggang Awam PSSGM Bandar Baru UDA dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Taman Skudai Kanan. Gelanggang PSSGM Bandar Baru UDA secara keseluruhannya adalah untuk mengembangkan lagi senibeladiri yang telah bertapak lamanya di Malaysia. Ahli jawatankuasa gelanggang memilih Bandar Baru UDA sebagai tapak adalah kerana, rata-rata ahli-ahli PSSGM merupakan penduduk tetap di kawasan Bandar Baru UDA dan juga hampir 80 peratus pembantu jurulatih adalah penduduk Bandar Baru UDA.

about this blog

This blog will show all the activities from authorized organization. Need your comment and suggestion...

Followers

  © By MrBundle 2007

Back to TOP