Ujian Kemahiran Menembak RELA 2009

Tuesday, November 3, 2009

-still in draft-

Read more...

Ujian Kemahiran Menembak RELA 2008


Ujian Kemahiran Menembak RELA 2008

Anjuran
Pejabat RELA Daerah Gombak

Tempat
Lapangsasar PDRM
Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

Tarikh
23-25 Mei 2008

Pesilat-pesilat PSSGM Negeri Johor yang terdiri dari jurulatih-jurulatih dan pembantu jurulatih di bawah bimbingan En. Mohd Noor b. Hj Samad selaku Pengerusi Agung Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan PSSGM merangkap Pemegang Amanah PSSGM Negeri Johor telah mengikuti kursus menembak anjuran RELA Daerah Gombak pada 23-25 Mei 2008 yang lalu. Kursus ini telah diuruskan oleh En. Saad selaku Khalifah Muda PSSGM Negeri Johor dan juga ahli RELA Daerah Gombak. Pasukan RELA Daerah Gombak adalah antara pasukan RELA terbaik dan juga pasukan RELA yang paling aktif di Malaysia. Seramai 35 orang jurulatih serta pembantu jurulatih dari PSSGM Negeri Johor serta PSSGM Negeri Selangor dari Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU) di bawah bimbingan Cikgu Idris telah diberi pengetahuan mengenai penggunaan senjata api oleh pegawai RELA yang berpengalaman. Antara senjata api yang digunakan dalam kursus ini adalah seperti M-16, M-12(senapang patah) dan juga Glock(pistol auto). Setelah diberi penerangan yang secukupnya, tiba giliran pesilat PSSGM untuk menggunakan senjata api tersebut. Setelah selesai latihan tersebut, terdapat pula pertandingan menembak piring antara kumpulan menggunakan senjata api jenis M-16. Ramai pesilat PSSGM tidak melepaskan peluang tersebut. Ada antara mereka seperti telah mahir menggunakan senjata M-16 tersebut. Dan ramai juga ahli RELA yang tewas kepada pesilat-pesilat PSSGM. Ini menunjukkan bahawa pesilat-pesilat PSSGM bukan sahaja mahir membela diri, tetapi mahir juga menggunakan senjata api. Di akhir kursus tersebut, pesilat-pesilat PSSGM Kajang Utama telah membuat demonstrasi pada majlis penutup kursus tersebut. Ramai yang kagum dengan persembahan mereka. Ramai pesilat-pesilat PSSGM telah membawa pulang hadiah dan juga piala. Dan juga piala pusingan Ujian Kemahiran Menembak RELA 2008 telah di bawa pulang oleh Cik Nurul Asyikin dari PSSGM Negeri Johor selepas menewaskan ahli RELA yang juga merupakan juara menembak RELA 2007. Syabas diucapkan kepada beliau. Pengarah RELA Daerah Gombak berbangga dengan pesilat-pesilat PSSGM dan beliau berharap pihak PSSGM akan menghantar pasukan untuk mengikuti program pada tahun hadapan. PSSGM merupakan kumpulan beladiri yang pertama yang mengikuti program menembak ini. Diharapkan akan ada program sebegini setiap tahun.

Read more...

Carta Organisasi PSSGM Bandar Baru UDA

Thursday, October 29, 2009

Penaung
En. Rahmatullah b. Ajar
Ketua UMNO Cawangan Rumah Pangsa Taman Skudai Kanan

Penasihat
En. Mohd Noor b. Hj Abd Samad
Pengerusi Agung Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan
Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia dan Serantau

Tenaga Pengajar
En. Helmi Adly b. Mohd Noor
Khalifah PSSGM Negeri Johor

En. Shafiz b. Jamaludin
Panglima Geliga Sakti PSSGM Negeri Johor

Pengerusi
En. Syarul Adam b. Rahmatullah
Panglima Amanah Sakti PSSGM Negeri Johor

Timb. Pengerusi
En. Mohd Taufikh b. Salmat
Panglima Amanah Sakti PSSGM Negeri Johor

Setiausaha
Cik Hairunorfadzlina bte. Haron
Srikandi Amanah Sakti PSSGM Negeri Johor

Bendahari
Cik Rabiah bt. Abd Razak

Ahli Jawatankuasa

En. Muhammad Rafi b. Faroedin
Panglima Amanah Sakti PSSGM Negeri Johor

En. Ahmad Durrani b. Abu Shahir

En. Mohd Iswadi b. Mohd Saleh

En. Mohd Ferdauze b. Ab Hamid

Read more...

Citrawarna Malaysia, Johor bahru.

Friday, April 24, 2009


Read more...

Sejarah Dato' Meor

Tuesday, April 21, 2009



-still in draft-

Read more...

Majlis Malam Seribu Budi (SENDI) 2009

-still in draft-

Read more...

Perhimpunan Wajadiri Daerah Johor Bahru


Perhimpunan Wajadiri Daerah Johor Bahru
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Baginda Sultan Johor

Anjuran Bersama :

1) Kerajaan Negeri Johor
2) Jab. Belia Dan Sukan Negeri Johor

Dengan Kerjasama :

1) Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Johor Bahru
2) PESAKA Negeri Johor

Tarikh:
Sabtu (18 APRIL 2008)

Tempat:
Komp. Belia Dan Sukan Negeri Johor

PSSGM Bandar Baru UDA, JB bersama-sama dengan PSSGM dari gelanggang Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kota Tinggi dan Kelab Silat Seni Gayung UTM (KSSGUTM) telah bersama-sama turut serta dan memeriahkan lagi majlis Perhimpunan Wajadiri Daerah Johor Bahru, Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Baginda Sultan Johor yang diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Daerah Johor Bahru.

Read more...

about this blog

This blog will show all the activities from authorized organization. Need your comment and suggestion...

Followers

  © By MrBundle 2007

Back to TOP