Showing posts with label 6. AKTIVITI | Activity. Show all posts
Showing posts with label 6. AKTIVITI | Activity. Show all posts

Ujian Kemahiran Menembak RELA 2008

Tuesday, November 3, 2009


Ujian Kemahiran Menembak RELA 2008

Anjuran
Pejabat RELA Daerah Gombak

Tempat
Lapangsasar PDRM
Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

Tarikh
23-25 Mei 2008

Pesilat-pesilat PSSGM Negeri Johor yang terdiri dari jurulatih-jurulatih dan pembantu jurulatih di bawah bimbingan En. Mohd Noor b. Hj Samad selaku Pengerusi Agung Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan PSSGM merangkap Pemegang Amanah PSSGM Negeri Johor telah mengikuti kursus menembak anjuran RELA Daerah Gombak pada 23-25 Mei 2008 yang lalu. Kursus ini telah diuruskan oleh En. Saad selaku Khalifah Muda PSSGM Negeri Johor dan juga ahli RELA Daerah Gombak. Pasukan RELA Daerah Gombak adalah antara pasukan RELA terbaik dan juga pasukan RELA yang paling aktif di Malaysia. Seramai 35 orang jurulatih serta pembantu jurulatih dari PSSGM Negeri Johor serta PSSGM Negeri Selangor dari Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU) di bawah bimbingan Cikgu Idris telah diberi pengetahuan mengenai penggunaan senjata api oleh pegawai RELA yang berpengalaman. Antara senjata api yang digunakan dalam kursus ini adalah seperti M-16, M-12(senapang patah) dan juga Glock(pistol auto). Setelah diberi penerangan yang secukupnya, tiba giliran pesilat PSSGM untuk menggunakan senjata api tersebut. Setelah selesai latihan tersebut, terdapat pula pertandingan menembak piring antara kumpulan menggunakan senjata api jenis M-16. Ramai pesilat PSSGM tidak melepaskan peluang tersebut. Ada antara mereka seperti telah mahir menggunakan senjata M-16 tersebut. Dan ramai juga ahli RELA yang tewas kepada pesilat-pesilat PSSGM. Ini menunjukkan bahawa pesilat-pesilat PSSGM bukan sahaja mahir membela diri, tetapi mahir juga menggunakan senjata api. Di akhir kursus tersebut, pesilat-pesilat PSSGM Kajang Utama telah membuat demonstrasi pada majlis penutup kursus tersebut. Ramai yang kagum dengan persembahan mereka. Ramai pesilat-pesilat PSSGM telah membawa pulang hadiah dan juga piala. Dan juga piala pusingan Ujian Kemahiran Menembak RELA 2008 telah di bawa pulang oleh Cik Nurul Asyikin dari PSSGM Negeri Johor selepas menewaskan ahli RELA yang juga merupakan juara menembak RELA 2007. Syabas diucapkan kepada beliau. Pengarah RELA Daerah Gombak berbangga dengan pesilat-pesilat PSSGM dan beliau berharap pihak PSSGM akan menghantar pasukan untuk mengikuti program pada tahun hadapan. PSSGM merupakan kumpulan beladiri yang pertama yang mengikuti program menembak ini. Diharapkan akan ada program sebegini setiap tahun.

Read more...

Citrawarna Malaysia, Johor bahru.

Friday, April 24, 2009


Read more...

Perhimpunan Wajadiri Daerah Johor Bahru

Tuesday, April 21, 2009


Perhimpunan Wajadiri Daerah Johor Bahru
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Baginda Sultan Johor

Anjuran Bersama :

1) Kerajaan Negeri Johor
2) Jab. Belia Dan Sukan Negeri Johor

Dengan Kerjasama :

1) Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Johor Bahru
2) PESAKA Negeri Johor

Tarikh:
Sabtu (18 APRIL 2008)

Tempat:
Komp. Belia Dan Sukan Negeri Johor

PSSGM Bandar Baru UDA, JB bersama-sama dengan PSSGM dari gelanggang Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kota Tinggi dan Kelab Silat Seni Gayung UTM (KSSGUTM) telah bersama-sama turut serta dan memeriahkan lagi majlis Perhimpunan Wajadiri Daerah Johor Bahru, Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Baginda Sultan Johor yang diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Daerah Johor Bahru.

Read more...

Latihan Gelanggang BBU

Wednesday, April 8, 2009

Tempat : Balairaya UMNO Tmn Skudai Kanan, Bandar Baru Uda
(di antara Blok A & Blok B)

Hari : Setiap Jumaat Malam

Waktu : 9.00 malam

*Maklumat lanjut, sila hubungi :
En. Adam : 017-753 5136
En. Taufikh : 012-760 0385
Cik Fadzlin (Alin) : 012-766 0524

Read more...

Citrawarna Malaysia, Johor bahru.

Friday, June 6, 2008

Untuk melihat gambar sila klik sini.

Read more...

Perkampungan Pencak Silat Daerah Johor Bahru.

Saturday, December 15, 2007


Perkampungan Pencak Silat Daerah Johor Bahru.

Tarikh : 15 Disember 2007
Anjuran : Majlis Bandaraya Johor Bahru & PESAKA Daerah Johor Bahru.

Perkampungan Pencak Silat Daerah Johor Bahru anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru & PESAKA Daerah Johor Bahru telah diadakan di Dewan Raya Taman Skudai Kanan, Bandar Baru UDA, Johor Bahru, Johor. Ahli-ahli dari Pusat Latian Bandar Baru UDA (PSSGMUDA), Kelab Silat Seni Gayung UTM (KSGUTM), SMK Taman Sutera Johor Bahru, Gelanggang Taman Universiti dan Kolej Komuniti Bandar Penawar telah turut sama memeriahkan majlis tersebut. Malam tersebut juga, Cikgu Mohd. Noor telah diberi penghormatan dengan diberikan Selempang Kehormat dan Pingat Anugerah atas jasa sumbang bakti beliau di dalam pembangunan silat di daerah Johor Bahru. Selempang danpingat dianugerahkan oleh Datuk Bandar Johor Bahru iaitu Y.B Dato Mohd. Naim Bin Nasir.

Untuk melihat gambar sila klik sini.

Read more...

Pameran Orkid Antarabangsa Johor Bahru, Johor 2006

Thursday, May 25, 2006



Johor Bahru International Orchid Show 2006

Tarikh : 25 Mei 2006
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Teluk Danga


Demonstrasi Silat Seni Gayung telah diadakan bersempena dengan Pameran Orkid Antarabangsa Johor Bahru, Johor 2006. Seramai 30 pesilat putera dan puteri terdiri daripada ahli-ahli gelanggang Pusat Latihan PSSGM Bandar Baru UDA (PSSGMUDA), Kelab Silat Seni Gayung UTM (KSSGUTM) dan Gelanggang Taman Universiti telah mempersembahkan persembahan yang mantap dan menarik.


Untuk melihat gambar sila klik sini.

Read more...

Saturday, October 8, 2005




Sila lihat artikel Integrasi Gayung 2.

Read more...

Integrasi Gayung II 2005

Friday, April 8, 2005



INTEGRASI GAYUNG II 2005

Anjuran
MAJLIS GURULATIH NEGERI JOHOR
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYUNG MALAYSIA NEGERI JOHOR.


Pengenalan:
Integrasi Gayung II 2005 merupakan program bertujuan untuk menghimpunkan murid Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia di bawah bimbingan dan didikan gurulatih merangkap Pemegang Amanah PSSGM Negeri Johor, Encik Mohd Noor bin Hj. Abd Samad sejak 1995 hingga 2005.

Tema:
Memperkasa Warisan Seni Dan Budaya.

Matlamat:
Memurnikan serta memartabatkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Objektif:
1. Melahirkan kesedaran integrasi dan mengeratkan hubungan ukhwah sesama ahli.
2. Melahirkan pesilat-pesilat yang mempunyai cita-cita dan daya kepimpinan yang tinggi.
3. Membentuk keperibadian dan pengamal Silat Seni Gayung Malaysia.
4. Meneruskan kesinambungan survival Silat Seni Gayung Malaysia.
5. Melahirkan kesedaran menyintai alam flora dan fauna ciptaan Allah S.W.T.

Kemahiran Generik Yang Diterapkan:
1. Kemahiran berkomunikasi
2. Penyelesaian masalah
3. Pembelajaran sepanjang hayat
4. Nilai kendiri
5. Etika
6. Kerja berkumpulan
7. Penyesuaian

Kaedah Pengajaran:
1. Kuliah
2. Persembahan
3. Multimedia
4. Lawatan
5. Pertandingan

Tarikh & Masa:
Integrasi Gayung II 2005 mengambil masa tiga hari, dua malam iaitu:

Tarikh :
8hb. hingga 10hb.April 2005

Hari :
Jumaat, Sabtu, dan Ahad

Tempat:
Taman Negara Johor Tanjung Piai, 82030 Mukim Serkat, Pontian, Johor Darul Takzim.

Anjuran:
Gurulatih, Pembantu Gurulatih, Jurulatih, dan Pembantu Jurulatih PSSGM di bawah bimbingan dan didikan Pemegang Amanah PSSGM Negeri Johor, Encik Mohd Noor bin Hj. Abd Samad khususnya bagi negeri Johor Darul Takzim.

Kumpulan Sasaran:
Sasaran himpunan ini melibatkan penyertaan ahli gelangggang di bawah pengawasan dan bimbingan gurulatih yang juga merangkap Pemegang Amanah Negeri Johor, Encik Mohd Noor bin Hj. Abd Samad. Penyertaan himpunan ini dijangka seramai 100 orang peserta lelaki dan wanita di kalangan pelbagai profesion pekerjaan, pelajar IPT, pelajar sekolah rendah dan menengah iaitu gelanggang:
  1. SMK Bandar Baru UDA
  2. SMK Taman Universiti
  3. SMK Taman Universiti
  4. SMK Mutiara Rini
  5. SMK Tmn Sutera
  6. Kelab Silat Seni Gayung UTM (KSSGUTM)
  7. Gelanggang Bandar Baru UDA
  8. Gelanggang Surau An-Nur


Aktiviti:
Antara aktiviti yang telah dirancangkan adalah seperti berikut :

Aktiviti 1: X-Press-C
Aktiviti 2: Majlis Bersama Pemegang Amanah Negeri Johor
Aktiviti 3: Alam Si Pemburu Malam (Dikendalikan Oleh Taman Negara Johor Tanjung Piai)
Alam Si Kunang-kunang (Dikendalikan Oleh Taman Negara Johor Tanjung Piai)
Aktiviti 4: Daka Daki Ku Daki Jua
  • Aktiviti lasak merempuh halangan
  • Dam Haji XXL
  • Futsal
Aktiviti 5: Di Mana Dia ??!!
Aktiviti 6: Helah Beladiri Menggunakan Persekitaran Alam
Aktiviti 7: Gerak kerja berkumpulan
Aktiviti 8: Malam Gayung Fantasia dan BBQ
Aktiviti 9: Teknik, Taktik & Rahsia Gayung
Aktiviti 10: Lawatan Sambil Belajar Di Taman Negara Johor Tanjung Piai.
(Dikendalikan Oleh Taman Negara Johor Tanjung Piai)
· Mangrove Education
· Nature Friendly
· Conservation

Struktur Organisasi:
Jawatankuasa Program Integrasi Gayung II 2005 , Anjuran Majlis Gurulatih Negeri Johor, Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia, Negeri Johor adalah seperti berikut:


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung
En.Mohd Noor B. Abd Samad
Pemegang Amanah PSSGM
Negeri Johor Darul Takzim.

Penyelaras/Penasihat
En. Mohd Tahar B. Hj. Sahid
(Jurutera, Johor Corporation)

Ustaz Rosli B. Puteh
(Guru Sekolah Kebangsaan Senai)

Pengarah Program
Helmi Adly B. Mohd Noor
(Siswa Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn)

Timbalan Pengarah Program
Sharul Adam Bin Rahmatullah
(Siswa Universiti Teknologi MARA)

Setiausaha
Hairunorfadzlina Binti Harun
(Siswi Yayasan Pelajaran MARA)

Penolong Setiausaha
Nur Rabiah Binti Abdul Razak
( Siswi Yayasan Pelajaran Johor )

Bendahari
Nur Rashidah Binti Sharef
( SMK Bandar Baru UDA, Johor Bahru )

Penolong Bendahari
Nur Irma Binti Mohd Noor
(Siswi Universiti Utara Malaysia)

AHLI JAWATANKUASA BIRO

Biro Program & Aktiviti
1. Helmi Adly Bin Mohd. Noor
2. Nur Irma Binti Mohd. Noor
3. Hairunorfadzlina Binti Harun
4. Sharul Adam Bin Rahmatullah

Biro Keselamatan & Kesihatan
1. Sharul Adam Bin Rahmatullah
2. Mohd. Saiful Bin Mohamed Nooh
3. Mohd. Shafiz Bin Jamaluddin
4. Nur Rabiah Binti Abdul Razak

Biro Logistik & Peralatan
1. Mohd. Nurilham Bin Abd. Rahman
2. Mohd. Shafiz Bin Jamaluddin
3. Herman Shah Bin Amril

Biro Hadiah & Cenderahati
1. Nur Irma binti Mohd. Noor
2. Nur Rabiah Binti Abdul Razak

Biro Jamuan
1. Syaiful Nizam Bin Abu Shahir
2. Nur Rashidah Binti Sharef

Biro Pendaftaran
1. Hairunorfadzina Binti Harun
2. Nur Rabiah Binti Abdul Razak

Biro Perhubungan & Promosi
1. Helmi Adly Bin Mohd. Noor
2. Pengerusi SMKBBU
3. Pengerusi SMKTUN
4. Pengerusi SMKTUN 2
5. Pengerusi SMK Mutiara Rini
6. Pengerusi SMK Tmn Sutera
7. Presiden KSSGUTM

Biro Fotografi & Multimedia
1. Mohamad Farid Bin Hairudin
2. Mohd. Nurilham Bin Abd. Rahman

Biro Keceriaan & Kebersihan
1. Mohd. Shafiz Bin Jamaluddin
2. Pengerusi SMKBBU
3. Pengerusi SMKTUN
4. Pengerusi SMKTUN 2
5. Pengerusi SMK Mutiara Rini
6. Pengerusi SMK Tmn Sutera
7. Presiden KSSGUTM

Biro Protokol Dan Pengacara
1. Syaiful Nizam Bin Abu Shahir
2. Herman Shah Bin Amril
3. Nur Rabiah Binti Abdul Razak

Biro Hal Ehwal Agama
1. Mohd. Saiful Bin Mohamed Nooh
2. Mohamad Farid Bin Hairudin

PENUTUP :
Alhamdulillah, segala yang dirancang telah dapat dilaksanakan menjurus kepada matlamat dengan jayanya. Sokongan padu dari semua pihak telah menyempurnakan aktiviti yang dianjurkan. Mudah-mudahan program seumpama ini akan dapat dirancang dan dilaksanakan di masa akan datang dengan lebih berkesan.

Sila lihat artikel Integrasi Gayung 2.

Read more...

Integrasi Gayung 2004

Friday, April 30, 2004

Anjuran:
MAJLIS GURULATIH NEGERI JOHOR
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYUNG MALAYSIA
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

Bertempat :
KEM KAIZEN
GUNUNG PULAI, PEKAN NENAS, PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM.

Pada :
30 APRIL HINGGA 2 MEI 2004
( JUMAAT, SABTU7 DAN AHAD )


Pengenalan:
Integrasi Gayung 2004 merupakan program bertujuan untuk menghimpunkan murid Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia di bawah bimbingan dan didikan gurulatih merangkap Pemegang Amanah Negeri Johor, Encik Mohd Noor bin Hj. Abd Samad sejak 1995 hingga 2004.

Tema:
Pendukung, pengamal, pengembang, dan pencinta Silat Seni Gayung Malaysia.

Matlamat:
Memperkasa dan memantapkan kejurulatihan dan pengajaran.

Objektif:
Melahirkan pesilat-pesilat yang mempunyai cita-cita dan daya kepimpinan yang tinggi.
Mengeratkan hubungan ukhwah sesama ahli.
Membentuk keperibadian dan pengamal Silat Seni Gayung Malaysia.
Meneruskan kesinambungan survival Silat Seni Gayung Malaysia.
Membentuk dan memurnikan jasmani, emosi, rohani, dan intele

Tarikh & Masa:
Integrasi Gayung 2004 mengambil masa tiga hari, dua malam iaitu:

Tarikh :
30hb. April hingga 2hb. Mei, 2004

Hari :
Jumaat, Sabtu, dan Ahad

Tempat:
Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pekan Nenas, Pontian, Johor Darul Takzim.

Anjuran:
Gurulatih, Pembantu Gurulatih, Jurulatih, dan Pembantu Jurulatih PSSGM di bawah bimbingan dan didikan Pemegang Amanah PSSGM Negeri Johor, Encik Mohd Noor bin Hj. Abd Samad khususnya bagi negeri Johor Darul Takzim.

Kumpulan Sasaran:
Sasaran himpunan ini melibatkan penyertaan ahli gelangggang di bawah pengawasan dan bimbingan gurulatih Encik Mohd Noor b. Hj. Abd Samad. Penyertaan himpunan ini dijangka seramai 60 orang peserta lelaki dan wanita di kalangan pelbagai profesion pekerjaan, pelajar IPT dan pelajar sekolah menengah.

Struktur Organisasi:
Jawatankuasa Program Integrasi Gayung 2004, Anjuran Majlis Gurulatih Negeri Johor, Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia, Negeri Johor :

AHLI JAWATANKUASA

Penaung
En.Mohd Noor B. Abd Samad – (Pusat Ko-Kurikulum UTM)
Pemegang Amanah
merangkap

Pengerusi Majlis Gurulatih PSSGM
Negeri Johor Darul Takzim.

Penyelaras/Penasihat
En. Mohd Tahar B. Hj. Sahid – (Jurutera, Johor Corporation)
Ustaz Rosli B. Puteh – (Guru Sek. Keb. Senai)
En. M. Osman B. Ibrahim – (GPK Ko-Kurikulum SMK Bandar Baru UDA, JB)

Pengarah Program
Helmi Adly B. Mohd Noor – (Siswa Kolej Universiti Teknologi Tun HusseinOnn)

Timbalan Pengarah Program
Wan Ikmal Haris Bin Hasbi – (Siswa Universiti Teknologi Malaysia, Skudai)

Setiausaha
Hairunorfadzlina Binti Haron – (Siswi Kolej Yayasan Pelajaran MARA)

Penolong Setiausaha
Sharul Adam Bin Rahmat – (Siswa Universiti Teknologi MARA)

Bendahari
Nur Irma Binti Mohd. Noor – (Siswi Universiti Utara Malaysia)

Penolong Bendahari
Mahfuzah Binti Mohd. Noor – (SMK Sri Skudai, Skudai, Johor Bahru)

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Program & Aktiviti
Helmi Adly Bin Mohd. Noor
Nur Irma Binti Mohd. Noor
Hairunorfadzlina Binti Harun
Sharul Adam Bin Rahmatullah
Wan Ikmal Haris Bin Hasbi

Keselamatan & Kesihatan
Mohd. Tahar Bin Hj Sahid

Logistik & Peralatan
Syarul Adam Bin rahmatullah

Hadiah & Cenderahati
Nur Irma binti Mohd. Noor

Jamuan
Nur Irma binti Mohd. Noor

Perhubungan & Promosi
Sharul Adam Bin Rahmatullah

Fotografi & Multimedia
Hairunorfadzlina Binti Harun

Keceriaan & Kebersihan
Sharul Adam Bin Rahmatullah
Wan Ikmal Haris Bin Hasbi

Hal Ehwal Agama
Mohd.Rosdi Bin Mat Zain

PENUTUP :
Alhamdulillah, segala yang dirancang telah dapat dilaksanakan menjurus kepada matlamat dengan jayanya. Sokongan padu dari semua pihak telah menyempurnakan aktiviti yang dianjurkan. Mudah-mudahan program seumpama ini akan dapat dirancang dan dilaksanakan di masa akan datang dengan lebih berkesan.

Read more...

about this blog

This blog will show all the activities from authorized organization. Need your comment and suggestion...

Followers

  © By MrBundle 2007

Back to TOP